Posts

Showing posts from June, 2022
  PENDAHULUAN Setiap manusia mempunyai tanggungjawab begitu juga dengan ibu bapa. Tanggung jawab ibu bapa sangat penting kerana anak-anak memerlukan tunjuk ajar daripada ibu bapa untuk masa depan mereka. Jika mereka mendapat pendidikan yang sewajarnya, mereka akan menjadi seorang muslim yang mulia.Oleh itu, ibu bapa perlulah menjalankan tanggungjawab mereka seperti yang diamanahkan oleh Allah SWT..  1) MENGASIHI ANAK-ANAK Salah satu dari hak anak-anak ke atas ibu bapa mereka ialah mendapatkan sepenuh cinta dan kasih sayang. Perasaan kasih kepada anak-anak telah ditanam oleh Allah SWT dalam hati ibubapa. Ini menunjukkan betapa Pemurahnya, Bijaknya dan Agungnya Allah SWT. Disini perlulah diingati bahawa semua ibu bapa dikurniakan persaan ini tanpa mengira apakah ‘aqidah’ mereka. Tetapi dalam membesarkan anak-anak mereka, ibu bapa Muslim bukan sahaja merasakan yang ini adalah tanggungjawab semulajadi tetapi sbagai satu kewajipan Deeniah, satu sunnah Rasulullah SAW dan para Sahaba...