PENDAHULUAN
Setiap manusia mempunyai tanggungjawab begitu juga dengan ibu bapa. Tanggung jawab ibu bapa sangat penting kerana anak-anak memerlukan tunjuk ajar daripada ibu bapa untuk masa depan mereka. Jika mereka mendapat pendidikan yang sewajarnya, mereka akan menjadi seorang muslim yang mulia.Oleh itu, ibu bapa perlulah menjalankan tanggungjawab mereka seperti yang diamanahkan oleh Allah SWT..
1) MENGASIHI ANAK-ANAK
Salah satu dari hak anak-anak ke atas ibu bapa mereka ialah mendapatkan sepenuh cinta dan kasih sayang. Perasaan kasih kepada anak-anak telah ditanam oleh Allah SWT dalam hati ibubapa. Ini menunjukkan betapa Pemurahnya, Bijaknya dan Agungnya Allah SWT. Disini perlulah diingati bahawa semua ibu bapa dikurniakan persaan ini tanpa mengira apakah ‘aqidah’ mereka. Tetapi dalam membesarkan anak-anak mereka, ibu bapa Muslim bukan sahaja merasakan yang ini adalah tanggungjawab semulajadi tetapi sbagai satu kewajipan Deeniah, satu sunnah Rasulullah SAW dan para Sahabat RA. Bagi mereka, mengasihi anak-anak bukanlah Cuma hendak memenuhi keinginan mereka tetapi ini adalah cara mereka mendapat keredhaan Allah dan Rasul-Nya.
2) Anak-anak ujian kepada ibu bapa
Kasih sayang kepada anak-anak merupakan ujian Allah SWT. Allah SWT telah memasukkan persaan kasih sayang kedalam hati ibu bapa, tetapi Dia juga memberi amaran supaya mereka berhati-hati dengan anak-anak. Amaran ini diberikan kerana anak-anak ini boleh mendatangkan kerosakan kepada ibu bapa.
“Wahai orang-orang yang beriman, sesunguhnya di antara isteri-isteri dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu, maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka. ” (Surah At-Taghaabun 64:14)
Ayat ini memberi amaran kepada kita supaya kita tidak terlibat dalam amalan-amalan yang tidak sihat dalam memberi kesenangan dan kemewahan kepada anak-anak kita. Kitab suci Al-Quran pernah menyebut bahawan anak-anak adalah ujian kepada ibubapa.
3) Sikap dingin terhadap anak-anak
Ada orang tidak ketawa, bermain-main dan bersuka-suka dengan anak-anak mereka. Mereka berfikir dengan berbuat demikian kononnya bertentangan dengan sifat taqwa dan kehormatan diri. Bagi mereka, lebih banyak mereka mengelak dari berbaik-baik dan merapatkan diri dengan anak-anak mereka, maka mereka akan lebih dihormati. Malah ada ibubapa yang lebih teruk lagi, mereka tidak mengambil hirau, menyendiri dan berlaku kasar terhadap anak-anak mereka. Sikap ini tidak dikehendaki oleh Islam atau tatasusila sosial. Sebenarnya anak-anak adalah harta dan amanah kita yang paling berharga. Ibubapa yang tidak membuat anak-anak mereka yakin yang mereka mengasihi anak-anak melalui kelakuan mereka, akan menyebabkan jiwa mereka dan anak-anak mereka terganggu, dan mereka tidak mendapat keredhaan Allah SWT.
4) Menyayangi Anak-Anak
Hadzrat Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW mencium cucunya Hadzrat Hasan RA. Hadzrat Aqra Bin Habis RA yang berada di situ berkata ia mempunyai sepuluh orang anak tetapi ia tidak pernah mencium mereka. Rasulullah SAW melihat padanya dan berkata, “Allah tidak mengasihi orang yang tidak mengasihi orang lain”. (Bukhari)
Hadith ini menunjukkan bahawa mencium dan mengusap anak-anak adalah tanda kasih sayang. Hanya orang-orang yang mengasihi sahaja yang berbuat demikian. Allah SWT hanya mengasihi orang-orang yang mengasihi orang lain. Dan orang-orang yang tiada perasaan belas kasihan kepada orang lain tidak layak dikasihani oleh Maha Pencipta.
Comments
Post a Comment